OGOS 2023

Premier, Isteri Hadiri Majlis Kebangsaan Ke 66 Di Mukah


MUKAH, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Sarawak 2023 hari ini. 

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Puan Sri Dato Fatimah Mohd. Iskandar, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan Perayaan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak 2023 Dato Sri Fatimah Abdullah.

Hadir sama, barisan Menteri Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh serta tetamu lain.

Sumber dari : Sarawakku